Banjir gelombang kedua yang melanda Terengganu sejak Ahad lalu semakin pulih selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan empat daerah di negeri itu ditutup.<br /><br />Kemaman menjadi daerah pertama di Terengganu yang pulih pada Sabtu, disusuli Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu pada Ahad.
